Selengkapnya di: Anggasona | Tutorial Blog | Tips SEO | Hotnews: Cara Membuat Teks Berjalan [Marquee] di Title Tab Blogspot http://anggasona-anotherbestblog.blogspot.com/2010/06/cara-membuat-teks-berjalan-marquee-di_18.html#ixzz1IEECY6Iy SeLaMat DAtang Di BLog SAya: Mencari jalan yang pasti
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Widget by : Opty

Friday 1 April 2011

Mencari jalan yang pasti

Nokia aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku lihat name penghantarnya,lau ku tersenyum. Hidup lagi dia ni rupenye,gumam ku.

Sayang,boleh abg buat satu permintaan?


Ape die?.


Haish ade saje la mamat ni...gumam ku dalam hati.


Abg tringin sgt nk g safari night kat zoo melaka 2.. Jauh x dr umah ayg?


Zoo Melaka?? dah dkt sgt ngn umah ayg...mmg dkat sgt? ala,nape x ckp dr dlu? ayg dah nk habis stdy kat cni,bru nk ajk g…hurm….bila nk g 2?


Memang aku dah lame belajar kat sini. Malahan negeri dah macam negeri aku pula. Kadang-kadang,bila orang bercakap tentang tempat di negeri ini,aku lebih bijak menunjuk arah dari rakan ku yang berasal dari sini.

Astagfirullah,aku dah riak. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.

Dalam hjg bln ni… blh?


Blh. T ayg riki2 kan mase n hrga tket ner. Abg nk g hr pe?


Sabtu lah. Blh?


Sabtu?? Maksudnyer akan ada Ahad. Akan ada citu lepas Sabtu tu. Hurm.. cerebulum aku seperti sedang berkerja dengan cepatnya. Sementara dopamine aku macam diproses dengan banyak. Aku rase,kalau aku cek tekanan darah aku mase ni,mesti aku punya tekanan darah tinggi. Kiraan nadi aku tinggi. Ahh,tak boleh jadi ni. Aku kna dapatkan kepastian dulu.


Means,abg akn overnite kat cni lah yer?


Sementara aku menunggu balasan mesej dia,aku dapat merasakan oksigen disalurkan kat otak aku dengan banyak. Kepala aku terasa besar jap.


Erm... Maybe…


OK.. t8 k.. keje elok2…t boleh cepat nikah… as salam…


Sengaja aku tarik diri. Rasa nak menangis bila aku baca ayat SMS die yang paling last tadi. MAYBE? Maybe yes ke? Maybe not? Kan die dah janji tak nak overnight kat sini lagi? Kan dia tahu? Kan dia dah janji? Kan dia..

Ahhh…bape banyak mau kan la…. Tapi,aku memang tak setuju dia nak overnight kat sini. Atau dia sengaja ke nak cipta alas an?huh! mamat ni selalu la nak buat aku bingung.

Aku gelisah. Peristiwa hitam dahulu bermain-main difikiran ku. Mata ku macam LCD memutarkan semula apa yang berlaku. Telinga aku dah macam ade speaker kat dlam. Siap ade background muzik lagi. Fuhh,power!


Lantas ku tutup lappy ku yang dah panas macam nak meletup ni. Istighfar ku mendahukui perbuatanku. Lalu ku buka pintu bilikku perlahan-lahan,tidak mahu mengganggu rakan sebilikku yang sedang lena di ulit mimpi.


Entah ape yang dieorg mimpikan,ek. Kalau aku boleh masuk kacau-kacau mimpi dieorang jap ni,mcm best jer. Hehe….

Bila hati ku da start merapu. Aku tersenyum dalam gelap.

Terus kuhalakan langkah ku ke tandas. Ku bersihkan diri ku ala kadar.

Usai aku menyempurnakna wudu’ ku,ku tutup lampu bilik air. Masih takut jika rakan ku terganggu tidurnya. Kucapai telekung,lalu ku dirikan Solat Sunat. Ini sahaja cara ku tika aku sedang dalam kebuntuan. Aku mengadu pada-Nya di sujud akhir ku. Meminta keampunan atas dosa-dosa ku yang lalu yang aku tak pasti samada aku layak untuk di ampun kan atau tidak. Lalu kuluahkan juga kgusaran hati ku.

Ya Allah,aku tak layak untuk menjadi tamu-Mu di syurga. Namun aku tak daya menghadapi siksaan mu di neraka. Jangan lah Engkau palingkan hati ku setelah kau berikan aku hidayah. Andai ini adalah dugaan Engkau,berikan aku kekuatan untuk menghadapi nya. Berilah aku pelindungan-MU dari menuju kejalan kesesatan.


Dalam sujudku,aku menagis teresak-esak. Mengingati dosa-dosa yang lampau,dan perkara yang mungkin akan berlaku.

Selesai solat dan berdoa, aku termenung kejap. Berat juga dugaan aku. Namun tak sebesar dugaan pejuang-pejuang Islam di Palestin. aku mesti kuat. Aku mesti tekad untuk menghindari nya. Ya,pasti !


~AUTUMN IN MY HEART~

No comments:

Post a Comment